Skip to main content

Posts

Bantuan Musim Hujan legakan penoreh getah

SIK: Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Jeneri telah mengadakan program agihan Bantuan Musim Hujan untuk penoreh getah dalam Dun tersebut pada satu majlis di Kampung Hujung Bandar, di sini kelmarin. Program itu digerakkan sebagai usaha meringankan beban kira-kira 800 penoreh yang terjejas mata pencarian pendapatan mereka ekoran bermulanya musim hujan sejak beberapa minggu lalu. Menurut Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor, program ini merupakan hasil sumbangan orang ramai kerana sebagai Adun Pembangkang, tiada sebarang peruntukan dari kerajaan untuk bantuan sebegini. Tambah beliau, kegagalan Kerajaan Negeri Kedah untuk bertindak pantas menangani isu ini menyebabkan kebanyakan penoreh getah terpaksa mengikat perut disamping keluarga yang perlu disara termasuk anak bersekolah. "Kita mengambil inisiatif ini bersama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Sik dan PKWR Dun Belantek kerana tidak mahu para penoreh yang terjejas berasa kecewa dan sedih akan nasib menimpa mereka.
Recent posts
Pasar Pagi Bukit Diman Bakal Dinaik Taraf   HULU TERENGGANU- Pasar Pagi Jumaat Kampung Bukit Diman akan dinaiktaraf bagi keselesaan, kemudahan dan keselamatan kepada para peniaga termasuk pembeli. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata penyusunan semula tapak pasar berkenaan merupakan langkah terbaik supaya beberapa masalah berkaitan dengannya dapat diatasi. Katanya, mengikut perancangan apabila tapak baharu disiapkan, para penjual akan masuk ke dalam pasar manakala di tepi jalan ada disediakan parkir yang lebih selamat untuk pengguna. "Jadi penjual dapat menjual dengan sempurna dan pembeli dapat membeli dengan selesa sebab itu kita mengharapkan sokongan daripada semua pihak terutama penjual untuk kebaikan bersama atas faktor keselamatan, keselesaan dan kebersihan pasar ini. "Alhamdulillah, setakat ini para peniaga pasar pagi yang terlibat memberi maklum balas dan penerimaan yang sangat baik atas usaha yang ingin dilakukan ini,&q